Tuesday, 12 November 2013

nak share beberapa petua melayu.....

GARAM HILANGKAN SAKIT TEKAK

Garam banyak kegunaannya kerana ia bukan saja dijadikan bahan terpenting dalam masakan tetapi boleh menghilangkan sakit tekak yang biasanya berpunca daripada cuaca panas. Berkumurlah dengan air garam dua kali sehari, pasti tekak anda terasa lega. Caranya, anda cuma perlukan tiga camca garam dan dibancuh dengan setengah gelas air sejuk dan berkumurlah setiap hari hingga sakit tekak hilang.

MENGHILANGKAN BAU TANDAS

Hampas kopi jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya ialah masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.


MELEBAT BULU KENING

Biasanya, kening yang cantik bukan saja elok terbentuk tetapi juga hitam lebat. Untuk melebatkan bulu kening ambil isi kelapa tua sebesar dua jari. Kemudian bakar di atas api sederhana hingga ia menjadi hitam. Selepas itu, angkat dan biarkan ia sejuk dan bolehlah disapu pada bulu kening. Jika rajin mengamalkannya, kening akan menjadi lebat dan hitam menawan. Selamat mencuba.

Monday, 11 November 2013

Salamah Razip: KEK HO HOLICKS LUMUT (KUKUS)

Salamah Razip: KEK HO HOLICKS LUMUT (KUKUS): BAHAN-BAHAN 1 cawan tepung gandum (diayak)                                                                         1 cawan horlicks...

assalamualaikum.......

semenjak dua menjak ni makin byk drama yg diadaptasi from novel.....suka sangat..apatah lgi klu hero dia yg macho giler....sapa kata lelaki melayu x hemsem?

ni antara pelakon yg aku minat sangat.....






then...terus jatih hati...hahaha..berangan jer keja kau kan..pinjam kejap dialog irham....

Islam Syumul: SEJARAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM

Islam Syumul: SEJARAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM: Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dar...


Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.......

uolls tau kan cuti sekolah x lama lagi, so I pun memang excited sesangat nak cuti juga..maklumkan kerja berlambak.....mcm2 plan yg ada kat kepala otak aku...pepapun aku nak balik kampung dulu lah.....itu pun kalau sanggup drive 2 jam lbh...kalau yg kaki racing lah....klu supir mcm aku ni sesangat lah berhemah di jalan raya memakan masa 3 jam lah kot baru nak sampai kampung.

BTW kampung aku kat Sukau....I rasa u olls tau kan nama tempat ni yg fames gak....di mata dunia...hahahha kununlah kata org sabah.....memang betul pun....apa specialnya kampung aku?
hah itu u olls kena teroka sendiri, pelancongan lah yg banyak....bagai cendawan tumbuh lepas hujan....nak yg mahal sampai ke murah sekali ada....then makanan....laut yg tentunya segar bugar dari sungai...kompom udang sungai.....ikan jgn citerlah.....

I nak share beberapa pic tentang my kampung....so jom layannnnnnn......